Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.851, sekaligus membuka jalan bagi pasangan mata wang ini bergerak turun ke tahap sokongan 1.6766 dalam dagangan jangka masa sederhana. Buat masa ini, jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh sehingga mencecah ke tahap sokongan 1.6663. Penunjuk MACD adalah negatif.

Carta 4H: Pasangan mata wang ini dilihat sedang cuba untuk mengukuh di bawah tahap rintangan 1.6841. Jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6820, maka sasaran yang seterusnya akan terletak pada tahap 1.6762. Buat masa ini, pasangan mata wang GBP/USD ini berpotensi untuk membuat lantunan semula kenaikkan harga, sebagaimana pasangan mata wang kini sedang berada di dalam zon terlebih jual.

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak rendah yang lebih tinggi di bawah tahap rintangan 1.6850. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya mengukuh di bawah tahap 1.6800, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap sokongan 1.6750. Sementara itu, jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap 1.6850, sasaran yang seterusnya akan terletak pada tahap 1.6900.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6800, take profit di tahap 1.6750, dan stop loss pada tahap 1.6850.
