Terdapat kemungkinan Indeks Dollar telah membuat pergerakan jangka pendek dan membuat penarikan semula harga ke bawah. Pembetulan ke bawah adalah yang paling mungkin untuk pergerakan yang harus dipenuhi dengan membeli pada tekanan yang berhampiran 81 untuk menguji kembali penembusan sebelum keluar dari kawasan tersebut.

Indeks Dollar berada dalam arah aliran menaik pada saluran yang condong. Saya menjangkakan penarikan semula harga untuk mencapai anjakan tahap maksimum 38% berhampiran 81 dan menyentuh Ichimoku cloud dalam carta 4 jam. Saya percaya ini hanya sebagai penarikan semula harga dan harga tertinggi tidak dicapai lagi. 81.56 merupakan tahap tinggi jangka pendek bagi tahap tertinggi kerana saya menjangka indeks Dollar akan menembusi di atas tahap ini dalam masa terdekat. Saya menjangkakan indeks Dollar akan mencari tahap sokongan di 81. Ujian sebelum ini menembusi keluar kawasan penting, supaya kenaikan harga akan memperolehi semula tenaga.

Carta harian menunjukkan bagaimana harga masih di dalam saluran yang cenderung kepada kenaikan harga. Sokongan harian didapati di 81.15 dan pada tahap tinggi sebelum ini di 81. Saya tidak menjangkakan indeks Dollar akan menembusi bawah tahap 81. saya menjangka indeks Dollar kembali menguji penembusan daripada tahap ini bagi mengesahkan penembusan keluar dan menyambung semula arah aliran menaik .
