logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 8 Ogos, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 8 Ogos, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 8 Ogos, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh penghindaran risiko pelabur yang semakin meningkat dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang terjejas ekoran daripada permintaan daripada pengimport Jepun dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran penurunan harga, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.


Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.70; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 170.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 172 dan sasaran kedua pada tahap 172.65.

Tahap Rintangan:
172
172.65
173

Tahap Sokongan:
170.70
170.20
169.85

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan