logo

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 08 September, 2014

Analisis Harian USDX untuk 08 September, 2014

Carta Harian: Indeks USDX kekal didagangkan di atas tahap sokongan 83.74, di mana instrumen ini telah cuba untuk membentuk corak tinggi yang lebih tinggi sehingga mencecah ke tahap rintangan 84.29. Walau bagaimanapun, USDX dilihat berkemungkinan akan mula bergerak di dalam julat kerana ia kini berada di wilayah terlebih beli. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif.

Analisis Harian USDX untuk 08 September, 2014

Carta 4H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak kenaikkan harga di atas sokongan yang terletak di tahap 83.65, di mana USDX ini berpotensi untuk membuat lantunan semula dan ia kelihatan seolah-olah akan menembusi garisan aliran mneaik. Sekiranya berhadil, para pedagang harus menjangkakan bahawa harga akan melonjak naik sehingga mencecah ke tahap rintangan pada 84.47. Penunjuk MACD kini sedang memasuki zon terlebih beli. 


Analisis Harian USDX untuk 08 September, 2014


Carta 1H: Indeks USDX kini dilihat sedang bergerak di dalam julat di atas tahap sokongan 83.52, dan kini, USDX sedang cuba sekali lagi untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 84.03. Jika berjaya, sasaran yang seterusnya adalah pada tahap 84.37. Petunjuk MACD kini didapati sedang memasuki wilayah neutral.

Analisis Harian USDX untuk 08 September, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 82.85, take profit di tahap 82.97, dan stop loss pada tahap 82.72.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan