
Zon harga pada 1.3800-1.3880 (ditandakan pada carta) berjaya untuk menghentikan seketika momentum kenaikkan, sekaligus memulakan aliran penurunan semasa dalam saluran penurunan yang ditunjukkan.
Beberapa zon kesesakkan diwujudkan sekitar tahap harga pada 1.3515 dan 1.3335 sebelum penurunan seterusnya berlaku.
Pada hari Rabu, pasangan mata wang EUR/USD ini telah menunjukkan pemulihan kenaikkan sekitar tahap harga pada 1.2860. Turutan cartalilin menaik harian hammer kini sedang dinyatakan di sekitar tahap harga ini.
Untuk tempoh tiga hari baru-baru ini, pasangan ini dilihat telah menubuhkan satu lagi zon kesesakan iaitu disekitar had yang lebih rendah pada saluran digambarkan. Pasangan mata wang ini berisiko tinggi di mana pembalikan aliran menaik akan kelihatan selagi tahap rendah harian sekitar harga 1.2860 masih dipertahankan oleh alrian menaik.

Pemulihan kenaikkan semasa diperhatikan pada carta. Kemungkinan corak Head and Shoulder sedang diwujudkan dengan sasaran unjuran terletak pada 1.3075.
Penetapan empat jam atas 1.2985-1.3000 (neckline pada corak pembalikkan) adalah perlu untuk mendapatkan momentum yang cukup bagi memulakan pergerakkan pembetulan menaik ke arah 1.3100 dan 1.3150.
Destinasi kenaikkan yang paling hampir terletak pada 1.3180 dimana had atas pada saluran penurunan yang berlangsung dan 38.2% tahap Fibonacci terletak. Kemasukkan JUALAN yang baik boleh dilakukan disini.
Aliran penurunan harga jangka sederhana semasa masih lagi sah selagi aliran menurun berjaya mempertahankan zon harga yang terletak di tahap 1.3170-1.3270 (zon harga di antara 38.2% dan 50% tahap Fibonacci).
Sebaliknya, penurunan harga di bawah tahap 1.2855 akan membatalkan corak pembalikan aliran menurun seperti yang dinyatakan. Oleh itu, aliran penurunan ke arah tahap 1.2745 adalah harus diramalkan.
