Indeks Dollar kekal didagangkan berhampiran ppada tahap tinggi yang mengukuh. Aliran dagangan jangka pendek kekal neutral. Harga kini masih berada di bawah rintangan utama pada tahap 85. Sekiranya penembusan harga disahkan berlaku di atas, maka ia akan menjadi petanda kenaikkan harga. Penolakan harga pada tahap harga semasa berkemungkinan akan membawa indeks menuju ke arah tahap 82-81.

Garisan merah = rintangan
Aliran jangka pendek kekal neutral. Harga kini dilihat lebih cenderung untuk bergerak mendatar dan menembusi rintangan dari arah bawah tetapi ia masih ditolak. Rintangan terletak pada tahap 84.80-85. Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan bagi aliran meningkat ke tahap 86. Saya lebih gemar untuk bersikap neutral dan menunggu isyarat pengesahan. Penembusan harga di bawah awan Ichimoku pada tahap 84.30 bukanlah petanda yang baik untuk aliran menaik.

Garisan merah = rintangan
Merujuk pada carta harian di atas, kita dapat melihat aliran jangka panjang kekal menaik tetapi tindakan mendatar di bawah rintangan yang kuat pada tahap 84.80-85 menjadikan kita rasa ragu-ragu jika aliran menaik ini mempunyai kuasa untuk membuat penembusan harga pada waktu sekarang. Sokongan harian yang penting didapati berada pada tahap 84.20 dan jika ia ditembusi maka ini boleh memberi isyarat permulaan penurunan harga ke tahap lebih rendah ke arah 82 atau 81. Perlu lebih berhati-hati dengan aliran menaik pada masa ini. Isyarat kenaikkan harga akan diperoleh jika indeks dolar menembusi dan menutup di atas tahap 84.80.
