logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Sep, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Sep, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Sep, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan diniagakan dengan risiko condong lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY mengukuh di tengah-tengah sentimen risiko yang positif, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/CHF dan semasa pasangan EUR/NZD dan GBP/NZD melemah. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan NZD/USD ini sedang terjejas oleh sentimen USD yang positif dan bacaan ramalan Fonterra Co-Operative Group Ltd's yang lebih rendah bagi pembayaran kepada petani dan jualan mata wang Dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD melantun semula.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik kekal berada dibawah tekanan pada zon terlebih jual, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian menurun, meskipun julat 'inside-day-range' telah selesai pada hari Rabu.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7880; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7835. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8035. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8095 dan sasaran kedua pada tahap 0.8145.

Tahap Rintangan:
0.8095
0.8145
0.8175

Tahap Sokongan:
0.7880
0.7835
0.78

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan