Indeks Dollar kelihatan telah membuat penarikan semula harga yang kecil sekali lagi tetapi aliran keseluruhan harga masih menaik. Tidak terdapat sebarang tanda-tanda perubahan arah aliran utama harga dan tidak ada sebarang petunjuk bahawa indeks dolar boleh sampai ke penghujung aliran menaik.

Garisan merah = rintangan
Garisan hijau = saluran harga
Indeks Dollar kekal didagangkan di dalam saluran condong menaik dan di atas penembusan rintangan sebelum ini pada tahap 84.80. Penarikan semula harga untuk menguji tahap 85 adalah sangat berpotensi tetapi saya percaya ini akan menawarkan peluang membeli kepada para pedagang. Aliran harga kekal menaik. Harga masih didagangkan di atas awan Ichimoku.
Garisan merah = rintangan
Garisan biru = sokongan
Aliran jangka panjang kekal menaik sepenuhnya. Kenaikan parabola tidak memberikan banyak peluang untuk memasuki pesanan menjual tetapi sangat berbahaya untuk harga menembusi aliran dan menjual indeks ini. Saya lebih gemar untuk menunggu sehingga harga ditarik semula ke arah tahap 85-85.10 untuk membolehkan para pedagang mengambil pesanan membeli dan kemudianya mengambil pesanan menjual. Aliran ini adalah sangat kuat dan saya tidak akan bertaruh menentangnya terutama apabila harga telah menembusi di atas rintangan utama jangka panjang pada tahap 85.
