logo

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 29 September, 2014

Analisis Teknikal #USDX untuk 29 September, 2014

Indeks Dollar kekal didagangkan dalam aliran menaik. Aliran menaik adalah sangat kuat dan kini sedang parabola. Ini bermakna bahawa aliran menaik perlu berjaga-jaga sebagaimana pembalikan arah aliran adalah sangat kuat dan pantas. Oleh itu, saya tidak mencadangkan kepada para pedagang untuk menentang aliran ini.

Analisis Teknikal #USDX untuk 29 September, 2014

Garisan merah = rintangan 



Indeks Dollar kekal didagangkan dalam aliran menaik. Harga berada di atas awan Ichimoku dan masih di dalam saluran mencerun menaik. Rintangan didapati terletak pada tahap 85.80. Penarikan semula harga bagi dagangan jangka pendek adalah berkemungkinan ke arah tahap 85.50. Ini adalah merupakan tahap sokongan jangka pendek. Penembusan harga di bawah tahap ini akan mendorong harga untuk melonjak naik menuju ke arah 85. 



Analisis Teknikal #USDX untuk 29 September, 2014



Kenaikan parabola dalam indeks Dollar kini amat kuat. Saya lebih gemar untuk kekal neutral daripada berdagang menentang aliran menaik yang kuat ini. Walau bagaimanapun, aliran menaik juga harus mengambil langkah berjaga-jaga sebagaimana ia berkemungkinan akan ditarik kembali sekaligus membawa indeks ke tahap rendah 84.40 dalam tempoh masa yang amat singakt. Sepertimana kenaikkan parabola juga membawa kepada pembalikan harga yang kuat, maka saya lebih gemar untuk menaikkan kedudukan Stop Loss dan  untuk mengunci keuntungan. Satu pembetulan biasa akan membawa indeks bergerak menuju ke arah tahap 83.50. Kesimpulannya, aliran harga kekal menaik sepenuhnya dengan menaikkan Stop loss untuk tujuan melindungi keuntungan. Pertaruhan terhadap aliran kuat ini adalah tidak digalakkan.


*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan