
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF ini kelihatan terperangkap pada tahap sokongan Fibonacci 0.382 (1.5430) buat masa sekarang. Sila ambil perhatian bahawa pasangan mata wang ini turut disokong oleh garisan aliran segera dan rintangan masa lalu kini telah bertukar menjadi sokongan pada tahap yang sama seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Isyarat kenaikkan harga di sini, akan mengesahkan bahawa pasangan mata wang ini telah bersedia untuk melanjutkan aliran menaik ke tahap 1.5500 dan seterusnya pada tahap 1.5800. Hanya penembusan harga di bawah garisan aliran akan melambatkan lagi keadaan. Sokongan yang paling hampir terletak di tahap 1.5300, diikuti dengan tahap 1.52/51 dan 1.4975, manakala rintangan pula terletak pada tahap 1.5500/10. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan pesanan membeli pada tahap harga semasa atau lebih rendah.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa sekarang, perhatikan peluang untuk membeli sewaktu lantunan pembalikan aliran menaik pada tahap ini atau tahap lebih rendah disekitar tahap 1.5300/1.52.
Semoga berjaya!
