logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 01 Oktober, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 01 Oktober, 2014

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 01 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan melanjutkan dagangan dalam aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan ini telah dipengaruhi sentimen EUR yag melemah dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang digangggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan juga pasangan USD/JPY yang mengukuh dan laporan indeks harga rumah nasional UK yang mengejutkan daripada penurunan 0.2% pada bulanan  (berbanding ramalan + 0.5%). Selain itu, pasangan mata wang ini juga diganggu oleh permintaan sterling sewaktu pasangan EUR/GBP silang melemah dan jangkaan kenaikan kadar dari Bank of England pada awal tahun 2015. Carta harian berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah MA 15 hari dan menurun.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini sedang didagangkan dibawah MA 15 hari dan semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 178.45 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 179.75. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 176.75. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 175.80. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 177.35.

Tahap Rintangan:
178.45
179.15
179.90 

Tahap Sokongan: 

176.75
175.80
175.30

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan