logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 08 Oktober, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 08 Oktober, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 08 Oktober, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Ia telah dilemahkan ekoran daripada kelemahan mata wang dolar (Indeks Spot ICE terdahulu mencatatkan 85.66 berbanding 85.77 awal hari Selasa) dalam laporan kadar hasil Perbendaharaan AS yang merekodkan bacaan lebih rendah (10 tahun pada 2.341% berbanding 2.425% lewat Isnin), lebih kecil daripada yang dijangkakan $13.520 bilion, peningkatan kredit pengguna AS bagi bulan ogos(berbanding ramalan + $ 21.1 bilion) dan sentimen yen yang lebih kukuh selepas kekurangan petunjuk dari Bank of Japan pada hari Selasa mengenai pelonggaran dasar monetari pada masa hadapan sebagaimana bank pusat membuat keputusan untuk mengekalkan dasar, dan komen PM Abe tentang kesan-kesan melemahkan yen dalam laporan isi rumah, kecil dan syarikat-syarikat bersaiz pertengahan. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh jualan pengeksport Jepun dan aliran safe-haven JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat sebanyak 11.25% kepada 17.2; S&P 500 ditutup 1.51% lebih rendah pada 1,935.1 semalaman) ekoran kebimbangan mengenai pertumbuhan global perlahan yang kian meningkat selepas data pengeluaran industri Jerman merekodkan kemerosotan dan Tabung Kewangan Antarabangsa menurunkan ramalan bagi pertumbuhan global kepada 3.8% pada tahun hadapan dari gambaran awal sebanyak 4.0%. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun. Tumpuan Utama hari Rabu adalah Minit Mesyuarat FOMC, 16-17 September (dijadualkan pada jam 1800 GMT) petunjuk sama ada Rizab Persekutuan mungkin akan menaikkan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan pasaran, dimana peningkatan yang pertama adalah pada pertengahan-2015 pada masa ini. Dudley Fed menegaskankan pada hari Selasa bahawa adalah tidak mungkin ekonomi akan bermasalah apabila Fed menetapkan hala tuju yang lebih agresif daripada apa yang dijangkakan sekarang.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada dibawah MA 15-hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 107.95; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 107.65. Titik pangsi kekal berada pada tahap 108.80. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 109.25 dan sasaran kedua pada tahap 109.55.

Tahap Rintangan:
109.25
109.55
110

Tahap Sokongan:
107.95
107.65
107.35

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan