
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam kecenderungan aliran menurun. Ia telah disokong oleh pengukuhan mata wang USD yang semakin meluas, penjualan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah dan dasar lewangan Bank Negara Swiss yang 'dovish'. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah terjejas ekoran daripada permintaan franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah dan pasangan juga depengaruhi oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun pada 2.305% berbanding 2.327% lewat Khamis) dan kebimbangan di kalangan sesetengah pegawai Rizab Persekutuan mengenai kekuatan mata wang USD ini. Evans Fed berkata pada hari Sabtu bahawa dolar yang lebih kukuh adalah angin sakal kerana ia akan mengehadkan keupayaan Rizab Persekutuan untuk memenuhi mandat inflasi sekaligus akan menghalang pertumbuhan ekonomi.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun namun Stokastik kini sedang beralih kepada neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9495; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9465. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9550. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.96 dan sasaran kedua pada tahap 0.9650.
.
Tahap Rintangan:
0.96
0.9650
0.9685
Tahap Sokongan:
0.9495
0.9465
0.9420
