
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan stabil dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bgai pasangan mata wang ini telah dilemahkan kemerosotan pasangan GBP/USD; dan laporan jualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan GBP/JPY ini adalah akibat daripada permintaan daripada pengimport Jepun. Sentimen GBP terjejas ekoran jangkaan IHP UK untuk bulan September yang mencatatkan bacaan lebih rendah berbanding ramalan (mencatatkan tahap rendah lima tahun + 1.2% pada tahunan berbanding ramalan yang mengunjurkan + 1.4%) telah mendorong para pelaburuntuk mendorong kembali jangkaan kenaikan tarif oleh Bank of England pada tahun 2015
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana corak penurunan harga 'outside-day-range ' telah berakhi rpada hari Selasa, MACD adalah aliran menurun, manakala stokastik kekal berada dibawah tekanan di zon terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 168.25; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 167.35. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.20. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 172.45 dan sasaran kedua pada tahap 173.35.
Tahap Rintangan:
172.45
173.35
174
Tahap Sokongan:
168.25
167.35
166.75
