Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih mengukuh di atas sokongan yang terletak pada tahap 1.6051, oleh yang demikian, pasangan ini telah membentuk fraktal berhampiran pada tahap 1.6110, yang mana ia berpotensi untuk menyediakan rintangan yang kuat untuk pasangan GBP/USD. Pasangan mata wang kini dilihat sedang menghampiri purata pergerakkan 200 hari dan rintangan pada tahap 1.6226, yang mana ia akan menjadi sasaran kenaikkan harga paling hampir.

Tahap Rintangan Carta 4H: 1.6100 – 1.6226
Tahap Sokongan Carta 4H: 1.6051 - 1.6004
Pasangan mata wang GBP/USD telah berjaya menembusi rintangan kuat yang terletak pada tahap 1.6117. Pasangan ini didapati masih berusaha untuk mengukuh di atas tahap harga ini. Pada carta 1H, petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif dan pasangan mata wang GBP/USD telah membuat lantunan semula harga pada SMA 200.

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.6117 / 1.6170
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.6075 / 1.6031
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6117, take profit di tahap 1.6170, dan stop loss pada tahap 1.6065.
