
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen USD yang lebih baik dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah diganggu oleh penjualan eksport dan kedudukan pelarasan Jepun sebelum hujung minggu.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana aliran menaik bercorak 'outside-day-range' telah diselesaikan pada hari Khamis, MACD dan stokatik kini sedang beralih kepada aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 174.15 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 174.95. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 172.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 171.75. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 172.90.
Tahap Rintangan:
174.15
174.95
175.65
Tahap Sokongan:
172.55
171.75
171
