
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Carta 4H disini menunjukkan bahawa Emas masih berpotensi untuk jatuh ke arah harga $ 1,210.00 sebelum memulakan aliran menurun. Seperti yang dapat diperhatikan di sini, tahap $ 1,210.00 adalah merupakan fibonacci 0.618 yang menyokong kenaikkan harga diantara harga $ 1,183 dan $ 1,255.00. Selain itu ia juga adalah merupakan lanjutan dari penurunan harga daripada harga $ 1,255.00 ke tahap $ 1,225.00/26.00. Sokongan dilihat terletak pada harga $ 1,205.00, dan diikuti dengan tahap $ 1,183.00. Manakala rintangan pula didapati terletak pada harga$ 1,255.00 (interim), diikuti dengan tahap $ 1,275.00 dan lebih tinggi. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang membeli berhampiran pada tahap $ 1,210.00 sebagai strategi perdagangan yang selamat. Sementara itu, Emas dijangkakan akan berhadapan dengan rintangan disekitar $ 1,240.00, jika aliran menaik diwujudkan dari tahap harga semasa. Strategi perdagangan agresif mencadangkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan menjual pada tahap tersebut. ($ 1,240.00).
Cadangan Perdagangan:
Ambil pesanan menjual berhampiran pada tahap $1,240.00 sekiranya Emas melonjak naik daripada tahap semasa, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di atas tahap $1,255.00, dan sasaran pada tahap $1,210.00. ATAU mula mengambil pesanan membeli sejurus selepas urusniaga harga rendah pada tahap $1,210.00.
Semoga berjaya!
