
Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:
R3: 1.6089
R2: 1.6062
R1: 1.6043
Spot Semasa: 1.6023
S1: 1.6023
S2: 1.5995
S3: 1.5970
Rumusan Teknikal:
Pembetulan didalam gelombang merah ii telah menembusi sasaran yang terletak pada tahap 1.6025. Kini, kita akan mencari penembusan harga di atas rintangan kecil pada tahap 1.6062 sebagai petunjuk baik yang pertama, bahawa gelombang merah iii lebih tinggi ke arah tahap 1.6446 kii sedang membangun. Walau bagaimanapun, penembusan harga di atas tahap 1.6089 adalah diperlukan untuk mengesahkan bahawa gelombang merah ii telah berakhir. Risiko saat ini adalah penembusan harga di bawah tahap sokongan 1.5960 dan lebih penting lagi adalah penembusan harga di bawah tahap 1.5903 yang akan menghidupkan kembali lanjutan pepenjuru perkiraan alternatif.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR daripada tahap 1.6065 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.6000. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.6089 dengan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada 1.6000.
