
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas dilihat telah menjunam ke tahap $ 1,210.00 seperti yang dibincangkan dan dijangkakan sebelum ini. Sila ambil perhatian bahawa Emas kini sedang didagangkan pada tahap sokongan fibonacci 0.618 sewaktu kenaikkan harga di antara harga $ 1,183.00 dan $ 1,255.00. Para pedagang disyorkan untuk keluar dari kedudukan menjual yang telah diambil sebelum ini (minggu lalu) dan memulakan kedudukan membeli, dengan menetapkan risiko pada harga $ 1,180.00. Sokongan didapati temasing-masing berada pada harga $ 1,205.00 diikuti dengan $ 1,183.00 dan seterusya tahap yang lebih rendah sementara rintangan pula dilihat terletak pada harga $ 1,225.00, diikuti dengan harga $ 1,255.00 (interim), $ 1,275.00 dan lebih tinggi. Emas kini dilihat sedang didagangkan dalam aliran mendatar sejak penurunan harga hari semalam dan kenaikkan harga diramalkan akan melanjutkan pergerakkan dari tahap ini.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,179.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
