
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas menjunam sehingga harga mencecah ke tahap $ 1,160.00 menembusi kedudukan membeli sekali lagi. Carta mingguan telah dibentangkan di sini untuk mengambarkan aliran harga yang lebih besar. Sebuah garisan aliran sokongan menghubungkan tahap rendah 2004/05 dan 2008/09 kelihatan telah melepasi harga $ 1,150.00/$ 1,160.00. Sokongan fibonacci 0.618 menaik diantara $ 680,00 dan $ 1,900.00 juga telah melepasi tahap $ 1,154.00 seperti yang digambarkan di sini. Sementara itu, rintangan yang terdahulu kini telah berubah menjadi sokongan yang juga tertumpu pada tahap harga yang sama. Berdasarkan pada gambaran di atas, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa emas harus melantun antara $ 1,150.00 dan $ 1,160.00. Isyarat pembalikan aliran menaik harus diawasi untuk carta harian sebelum mengesahkan perkara yang sama.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa ini. Signal pengesahan adalah diperlukan di antara tahap $1,150.00 dan $1,160.00.
Semoga berjaya!
