

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar berhampiran pada tahap 1,170.00. Emas mempunyai bekalan pada jumlah yang amat tinggi (klimaks jualan) pada tahap yang terdahulu dan pergerakkan mendatat ini adalah normal selepas tekanan jualan yang kuat. Ayunan tahap rendah kami yang terletak pada harga 1,183.00 telah pun ditembusi, oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa harga akan menguji tahap 1,147.00 (lanjutan Fibonacci utama 161.8%). Emas sekali lagi sedang berhadapan dengan aktiviti yang sangat rendah dalam pasaran, oleh yang demikian kami kini sedang menunggu untuk jumlah yang lebih besar dan pergerakan harga yang lebih kukuh. Menurut pada carta 1H, kami mendapati bahawa harga telah ditolak daripada lanjutan Fibonacci 100% pada harga 1,174.00, yang mana ini adalah merupakan satu petanda yang baik untuk kesinambungan aliran menurun. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika membeli Emas dan memerhatikan peluang jualan yang berpotensi selepas penarikan semula harga.
Tahap Rintangan:
R1:1,172.81
R2: 1,175.73
R3: 1,180.47
Tahap Sokongan:
S1: 1,163.33
S2: 1,160.41
S3: 1,155.67
Cadangan Perdagangan: Pesanan membeli kelihatan sangat berisiko pada tahap ini sebagaimana emas telah ditolak daripada lanjutan Fibonacci 100%
