logo

FX.co ★ Analisis Harian USDX untuk 06 November, 2014

Analisis Harian USDX untuk 06 November, 2014

Indeks USDX terus membentuk corak kenaikkan harga di bawah tahap rintangan 87.35. Walau bagaimanapun, USDX berkemungkinan akan menarik semula harga menuju ke tahap psikologi 87.00, walau bagaimanapun, instrumen dagangan ini dilihat masih mengukuh dalam aliran menaik semasa. Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah positif, yang mana ia akan menyokong aliran kenaikkan harga semasa kami.


Tahap Rintangan Carta Harian: 87.35 / 88.63

Tahap Sokongan Carta Harian: 86.20 / 85.18

Analisis Harian USDX untuk 06 November, 2014

Berdasarkan pada carta 1H, Indeks USDX kelihatan telah mengukuh di atas sokongan pada tahao 87.28. Kini, USDX didapati mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 87.58. Jika berjaya, harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 87.86 yang mana ia akan menjadi pengukuhan aliran menaik yang kuat di dalam dagangan jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, Indeks USDX menunjukkan kelemahan dalam aliran harga semasa, oleh itu ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika USDX jatuh sehingga harga mencecah ke tahap 87.00.


Tahap Rintangan Carta 1H: 87.58 / 87.86

Tahap Sokongan Carta 1H : 87.28 / 87.00

Analisis Harian USDX untuk 06 November, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 87.58, take profit di tahap 87.86, dan stop loss pada tahap 87.28.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan