logo

FX.co ★ Cadangan Perdagangan dan Kajian EUR/JPY untuk 07 November, 2014

Cadangan Perdagangan dan Kajian EUR/JPY untuk 07 November, 2014


Mata wang Euro jatuh berbanding dolar AS kepada tahap rendah 27-bulan dan juga berbanding yen. Selepas sesi dagangan bervolatiliti besar, pasangan ini akhirnya membuat tahap tinggi jangka pendek di tahap 143.15 pada penutupan harian. Sekiranya pasangan ini berjaya ditutup di atas tahap 143.15, barulah kami akan mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli. Semasa sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah berjaya untuk menembusi pada tahap sokongan 143.00. Beberapa kali ia diuji, tetapi akhirnya harga jatuh di bawah tahap tersebut dan membuat catatan tahap rendah pada 142.18. Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang ini telah membentuk corak pengagihan yang besar di antara tahap 143.40 dan 143.51. Adalah tidak selamat kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sehingga cartalilin 4H menutup di atas tahap 143.60. Untuk aliran menurun, pasangan ini didapati mempunyai sokongan yang terletak di antara 142.44 dan 142.18 (tahap rendah 8 jam). Kami mengesyorkan safe selling di bawah tahao 142.18 untuk mensasarkan harga ke tahap 141.75, 141.50. Panik akan kelihatan di bawah 141.70 untuk sesi dagangan urusniaga harian. Peniaga berisiko boleh membeli di atas tahap 142.75 dengan menetapkan sasaran masing-masing di tahap 142.95 dan 143.35.


Cadangan Perdagangan dan Kajian EUR/JPY untuk 07 November, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan