Harga emas telah mencatatkan tahap rendah baru yang lebih rendah pada harga $ 1,130 dan saya percaya bahawa ia telah meningkatkan peluang untuk kita melihat lantunan menaik harga yang kuat pada masa sekarang sebagaimana pergerakkan menurun berkemungkinan besar akan berakihir daripada harga $ 1,255. Aliran pasaran masih lagi bergerak ke arah bawah, bagaimanapun kami menjangkakan bahawa emas akan membuat aliran menaik pembetulan.

Harga emas kini dilihat sedang menguji rintangan jangka pendek yang terletak pada harga $ 1,145 sekaligus mengukuhkan lagi kemungkinan bahawa harga akan melonjak naik menuju ke tahap yang kauh lebih tinggi ke arah penarikan semula 38%. Saya menjangkakan bahawa harga akan melantun ke arah tahap $ 1,170- $ 1,180 sebelum ia meneruskan aliran ke tahap lebih rendah ke arah $ 1,100 dan $ 1,050 yang mana ini adalah merupakan sasaran jangka panjang saya.

Dari sudut pandagangan Ichimoku cloud, aliran pasaran emas masih di dalam aliran menaik sepenuhnya. Berdasarkan pada carta 4 jam seperti yang ditunjukkan di atas, rintangan didapati terletak pada harga $ 1,152 dan kemudian pada tahap $ 1,180. Harga emas telah menembusi rintangan Tenkan-sen pada harga $ 1,140 dan ini adalah isyarat kenaikkan harga jangka pendek. Saya masih kekal terhadap aliran penurunan harga jangka panjang, tetapi saya menjangkakan lantunan harga yang kuat bakal berlaku.
