

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar berhampiran pada harga 1,145.00. Kami kini sedang menunggu untuk jumlah pergerakkan harga yang lebih besar dan pergerakan harga yang lebih kukuh. Lanjutan Fibonacci utama 161.8% kami yang terletak pada harga 1,146.00 kini sedang diuji, oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila ingin mengambil pesanan menjual emas pada tahap ini. Menurut pada carta masa 1H, kami mendapati bahawa penyerapan dan permintaan berada pada jumlah yang ultra tinggi (klimaks pembelian) pada tahap terdahulu, yang mana ini adalah merupakan satu petanda pesanan menjual emas pada tahap harga ini kelihatan sangat berisiko. Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa menjual emas dan juga perhatikan peluang pembelian yang berpotensi. Semnetara itu, jika harga menembusi pada 1,146.00 pada jumlah yang tinggi dan pergerakan harga yang kuat, maka kita diramalkan akan dapat melihat ujian harga yang berpotensi dari tahap 1.035.00 (ayunan tinggi seperti sokongan).
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1:1,147.44
R2: 1,150.22
R3: 1,154.73
Tahap Sokongan:
S1: 1,138.42
S2: 1,135.64
S3: 1,131.13
Cadangan Perdagangan: Pesanan menjual Emas pada tahap ini kelihatan sangat berisiko sebagaimana harga kini dilihat sendag menghampiri ke tahap sokongan.
