logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 07 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 07 November, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 07 November, 2014

Huraian Fundamental:


Pasangan mata wang USD/JPY ini dijangkakan akan stabil dengan kecenderungan aliran menaik selepas mencecah tahap tinggi tujuh tahun 115.52 pada hari Khamis. Kaar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Indeks Dolar Spot ICE terdahulu mencatatkan bacaan 88.06 selepas menembusi tahap tinggi empat tahun pada 88.146 semalam, berbanding 87.48 awal Khamis) ekoran  tuntutan pengangguran AS yang mencatatkan bacaan sedikit lebih tinggi 278.000  berbanding ramalan pada minggu berakhir 1 Nov (berbanding ramalan 285,000) dan juga bacaan yang lebih kukuh berbanding jangkaan 2.0% di dalam laporan peningkatan kadar tahunan produktiviti bukan perladangan Amerika Syarikat bagi Suku Ke-3 (berbanding ramalan + 1.5%). Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 2.382% berbanding 2.346% Rabu malam; permintaan dari pengimport Jepun; perlonggaran dasar kewangan oleh Bank of Japan, dana perdagangan yen di tengah-tengah minat risiko yang positif (tolok kteakutan VIX ketakutan susut 3.53% kepada 13,67;. S&P 500 mencapai rekod tinggi 2,031.61 semalam sebelum harga ditutup naik 0.38% pada 2,031.21) sebagaimana data AS menunjukkan bacaan yang positif dan peningkatan harapan untuk lebih banyak rangsangan di Eropah Tetapi keuntungan USD/JPY ini telah terjejas akibat daripada jualan pengeksport Jepun dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. carta harian dilihat berkencenderungan positif sebagaimana indikator MACD adalah aliran menaik, memperlahankan ukuran stokastik yang kekal tinggi pada tahap terlebih beli, dan purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian meningkat naik.


Ulasan Teknikal:  

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian meningkat bagaimanapun stokastik kini sedang beralih ke[ada aliran penurunan harga di zon terlebih beli, corak 'inside-day-rangei telah selesai pada hari Selasa.

Cadangan Perdagangan:  

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 116 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 116.65. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 113.80. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 113. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 114.75.

Tahap Rintangan: 
116
116.65
117

Tahap Sokongan: 
113.80
113
112.75  

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan