
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi setelah harga mencapai tahap tinggi 16 bulan 1.9741 pada hari Jumaat. Tiada reaksi FX terhadap kenaikan talian kadar pengangguran Switzerland yang mencatatkan 3.1% pada bulan Oktober berbanding 3.0% pada bulan September. Pasangan mata wang USD/CHF kini juga sedang terjejas ekoran sentimen dolar yang semakin melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF adalah akibat daripada dasar kewangan yang dovish oleh Bank Negara Swiss.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaimanapun stokastik kini sedang beralih kepada aliran penurunan harga di zon overbought, cartalilin harian penurunan harga bercorak 'dark-cloud-cover' telah selesai pada hari Jumaat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.97 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9740. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.96. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9570. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9670.
Tahap Rintangan:
0.97
0.9740
0.9775
Tahap Sokongan:
0.96
0.9570
0.9535
