
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE Indeks dolar terdahulu mencatatkan 87.77 berbanding 87.52 awal hari Isnin) sebagaimana para pelabur memperbaharui pertaruhan mereka bahawa ekonomi AS akan terus memperkukuh lebih cepat berbanding negara-negara utama yang lain, sementara hasil Perbendaharaan AS yang mencatatkan peningkatan pada hari semalam menjelang penutupan pasaran bon hadapan AS bersempena Hari Veteran, Selasa (10 tahun pada 2.360% berbanding 2.312% lewat Jumaat) dan harga komoditi yang semakin melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan NZD/USD ini telah dipengaruhi oleh selera risiko pelabur yang positif, perbezaan faedah NZD-USD dan permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah. Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, manakala stokastik kini berada dalam aliran menaik di zon oversold.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun stokastik kini dilihat sedang beralih kepada aliran menaik ke zon oversold, corak aliran mneaik 'outside-day-range' telah berakhir pada hari Jumaat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7815 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7840. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7705. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7655. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7735.
Tahap Rintangan:
0.7815
0.7840
0.7880
Tahap Sokongan:
0.7705
0.7645
0.76
