logo

FX.co ★ Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014

EUR/USD: Pasaran ini kekal didagangkan dalam aliran menurun meskipun terdapat kenaikkan harga sedia ada. Harga masih berada di bawah EMA 56 manakala tempoh 20 Williams’ Range kini sedang menuju ke arah wilayah terlebih beli. Hanya pergerakan menaik di atas garisan rintangan 1.2550 akan menyebabkan prospek penurunan harga jangka pendek terbatal.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014

USD/CHF: Pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam aliran menaik tanpa mengira penarikan semula harga dalam pasaran. Kelihatan masih terdapat Corak Pengesahan Aliran Menaik di dalam carta ini, yang mana ia boleh dianggap tidak sah apabila harga menjunam di bawah tahap sokongan 0.9600.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014

GBP/USD: Sehingga minggu ini, instrumen perdagangan mata wang ini dilihat telah membuat usaha kenaikkan harga yang serius. Dari wilayah pengumpulan pada tahap 1.5850, harga telah didagangkan dalam aliran menaik, mencecah wilayah pengedaran 1.5900 dan menemmbusi aliran menaik. Harga juga berpotensi untuk mencapai wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5950, dan menembusi tahap itu untuk membolehkan pasangan meneruskan pergerakkan menaik, walau bagaimanapun selagi harga berdagang di bawah wilayah pengedaran 1.6000, maka prospek penurunan harga akan terjejas.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014

USD/JPY: Pasangan mata wang ini dilihat sedang cuba untuk menguji tahap bekalan yang terletak pada 116.00 sebelum sedikit penarikan semula harga berlaku. Terdapat kemungkinan bahawa harga akan bergerak naik ke tahap yang lebih tinggi, menguji tahap bekalan lagi, dan mungkin juga menembusinya untuk aliran menaik. Sekiranya ini berlaku, harga berkemungkinan akan mula mensasarkan tahap bekalan yang seterusnya pada tahap 116.50.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah menguji zon bekalan yang terletak pada tahap 144.00, walau bagaimanapun ia gagal untuk menutup di atas tahap tersebut. Dengan lanjutan aliran menaik, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan berjaya menembusi zon bekalan bagi aliran ke arah atas, menutup di atas tahap tersebut. Sekiranya ini terjadi, sasaran yang seterusnya bagi aliran kenaikkan harga akan terletak pada zon bekalan 144.50.

Analisis Pasangan Mata Wang Utama untuk 13 November, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan