
Tinjauan teknikal dan carta persediaan:
Pasangan mata wang EUR/JPY mencatatkan tahap tinggi pada tahap 144.83 buat masa ini. Pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap lebih rendah untuk masa sekarang dan tahap 143.50 ini adalah merupakan sokongan interim untuk kenaikan harga kekal mendominasi. Pasangan mata wang ini kelihatan akan melanjutkan pergerakkan harga dan pembetulan harga diramalkan akan berlaku pada bila-bila masa. Rintangan dilihat terletak pada tahap 145.0/50, manakala sokongan terletak 143.50, dan diikuti oleh tahap yang lebih rendah 142.00. Sila ambil perhatian bahawa kedua-dua aliran sokongan tetap utuh buat masa ini. Penembusan harga di bawah garisan aliran baru-baru ini dan seterusnya pada tahap 143.50 boleh menunjukkan bahawa tahap tinggi perantara yang berpotensi terletak pada tahap 144.80 dan pasangan ini berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah garisan aliran sokongan lebih besar pada 139.00/140.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 145.10, dan sasaran pada tahap 139.00/140.00.
Semoga berjaya!
