logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 19 November, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 19 November, 2014


Harga emas kini sedang didagangkan dalam aliran menaik jangka pendek sebagaimana harga telah membentuk corak tinggi yang lebih tinggi dan rendah yang lebih tinggi. Harga emas hampir mencecah penarikan semula harga 61.8% pada aliran menurun $ 1,255 hingga $ 1,130. Rintangan yang kuat didapati terletak pada tahap tersebut dan ia juga merupakan tahap perubahan arah aliran harga yang berpotensi. Lantunan harga daripada $ 1,130 adalah aliran kaunter dan saya yakin bahawa kita berkemungkinan akan dapat melihat penembusan harga pada tahap $ 1,050.


Analisis Teknikal Emas untuk 19 November, 2014



Garisan hitam = sokongan


Harga emas masih didagangkan di atas Ichimoku Cloud dan ini menunjukkan bahawa sokongan kuat ditemui terletak pada harga $ 1,145- $ 1,155. Pergerakkan menaik daripada harga $ 1,130 adalah peringkat akhir dan saya masih percaya bahawa ia adalah merupakan aliran kaunter. Saya menjangkakan perubahan arah aliran harga bakal berlaku tidak lama lagi. Isyarat pertama perubahan arah aliran harga akan muncul sebaik sahaja Emas berjaya menembusi di bawah $ 1,190.



Analisis Teknikal Emas untuk 19 November, 2014

Garisan biru = sokongan


Harga emas telah menembusi pengukuhan mendatar jangka pendek di kawasan $ 1,190 untuk aliran menaik dan ia kini dilihat sedang cuba untuk membuat penembusan harga ke arah tahap $ 1,205- $ 1,210 yang mana ini adalah merupakan rintangan yang seterusnya bagi Emas. Penembusan harga di bawah $ 1,190 akan mendorong harga emas menuju ke arah sokongan penting pada harga $ 1,185- $ 1,180. Penembusan harga pada garisan sokongan biru akan menyatakan isyarat kelemahan dan permulaan aliran pembalikan jangka pendek ke arah bawah.



*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan