
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak kelihatan seolah-olah akan menolak ke tahap yang lebih tinggi ke arah rintangan Fibonacci 0.618 dalam aliran menurun daripada harga $ 17.80 hingga ke tahap sub $ 15.00 seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa garisan aliran rintangan condong juga dilihat terletak pada tahap yang sama. Reaksi penurunan harga dilihat berpotensi untuk menterbalikkan harga perak lebih rendah dan mensasarkan ke bawah tahap $ 15.00. Sementara itu, penolakan harga diramalkan akan mencecah sekurang-kurangnya pada tahap $ 17.00 dan $ 17.30. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli pada kedudukan yang telah diambil sebelum ini, dengan mengerakkan kedudukan Stop Loss ke tahap pulang modal. Sokongan dilihat terletak pada $ 16.00/20, diikuti dengan tahap $ 15.20/30 dan seterusya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat masing-masing terletak pada harga $ 17.40/50, diikuti dengan $ 17.80/18.00 dan tahap yang lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan mengerakkan kedudukan Stop Loss ke tahap pulang modal, dan sasaran ditetapkan pada harga $17.30.
Semoga berjaya!
