
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah terjejas ekoran sentimen USD yang melemah dan limpahan kekuatan daripada mata wang euro terhadap Franc Switzerland. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh dasar monetari serta penjualan ultra-longgar Bank Negara Swiss sewaktu mata wang EUR/CHF mengukuh sebagaimana ia telah melantun semula daripada tahap 1.2000 pada pasangan EUR/CHF. Kenaikkan harga bagi pasangan USD/CHF telah dihadkan oleh sentimen dolar yang melemah (Spot ICE Indeks Dolar terdahulu mencatatkan 87.89 berbanding 88.15 awal Selasa) akibat daripada kejutan penurunan di dalam Indeks Keyakinan Pengguna Persidangan Lembaga AS kepada 88.7 pada bulan November berbanding 94.5 pada bulan Oktober (berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan kepada 96.8) dan kejatuhan yang ketara di dalam laporan Indeks Pembuatan Fed Richmond bagi bulan November kepada bacaan 4 berbanding 20 pada bulan Oktober mengakibtakan kenaikkan yang tidak dijangka di dalam KDNK AS S3 kepada 3.9% daripada bacaan awal sebanyak 3.5% (berbanding ramalan 3.3%).
asan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun stokastik adalah neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9675 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9720. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9580. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9555. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9610.
Tahap Rintangan:
0.9675
0.9720
0.9740
Tahap Sokongan:
0.9580
0.9555
0.9515
