
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
TPasangan mata wang GBP/CHF ini dilihat telah melonjak ke tahap 1.5180 selepas membentuk dasar disekitar tahap 1.5075 semalam. Pasangan mata wang kini berhadpan dengan kesukaran untuk menolak harga menembusi rintangan interim yang terletak pada tahap 1.5225. Oleh itu, para pedagang disarankan agar mengambil separa keuntungan pada kedudukan membeli yang telah diambil sebelum ini. Bagi pedagang agresif pula, anda dicadangkan agar memulakan kedudukan menjual didalam pasaran semasa pada tahap 1.5170/75, dengan risiko ditetapkan pada tahap 1.5250. Rintangan serta-merta dilihat berada pada tahap 1.5220 (interim), diikuti masing-masing dengan tahap 1.5300, 1.5450/75 dan 1.5550. Manakala sokongan pula dilihat berada pada tahap 1.5075 (interim), diikuti dengan tahap 1.5000, 1.4950 dan lebih rendah. Aliran penuruna n harga berkemungkinan akan mendominasi pasaran semula sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi di atas tahap 1.5220/30.
Cadangan Perdagangan:
para pedagang disarankan agar mengambil separa keuntungan pada kedudukan membeli di tahap 1.5170/80. Mula mengambil kedudukan menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada harga 1.5250/60, dan sasaran adalah terbuka. (persediaan perdagangan agresif).
Semoga berjaya!
