logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 03 Disember, 2014

Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 03 Disember, 2014

Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 03 Disember, 2014

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:


Pasangan mata wang GBP/CHF kini dilihat sedang menguji rintangan yang terletak pada tahap 1.5225 sebelum harga ditarik kembali. Penolakan harga melalui tahap 1.5230/50 akan mencetuskan kenaikkan harga yang selanjutnya ke kawasan 1.5300/50. Sebaliknya, kegagalan pasangan berpotensi untuk membawa harga bergerak lebih rendah sekurang-kurangnya hingga ke tahap 1.5100 jika ia tidak pergi lebih rendah. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual pada kedudukan yang telah diambil semalam, dengan risiko ditetapkan pada tahap 1.5250 buat masa ini. Rintangan terdekat terletak pada tahap 1.5230 (interim), diikuti masing-masing dengan tahap 1.5300,1.5450/75 dan 1.5550. Manakala sokongan pula dilihat berada pada tahap 1.5150, diikuti dengan tahap 1.5070, 1.5000, 1.4950 dan lebih rendah. Pasangan mata wang kini dilihat seolah-olah akan terus didominasi oleh aliran penurunan harga sehingga harga kekal didagangkan di bawah tahap 1.5250 dari sini. Sementara itu, jika tahap 1.5070/75 ini berjaya ditembusi, maka pasangan berkemungkinan akan menjunam ke tahap lebih rendah ke arah 1.5000 dan lebih rendah lagi.


Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual, dengan menetapkan Stop Loss pada tahap 1.5250, sasaran kini dibuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan