Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 1.5642, yang mana ia akan mengukuhkan lagi gambaran penurunan harga semasa untuk pasangan ini, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD ini sedang membentuk pola aliran menurun. Walau bagaimanapun, kami harus menegaskan bahawa pasangan ini telah membentuk tiga Fractal dibawah tahap 1.5642. Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah positif.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5746 / 1.5883
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5642 / 1.5506

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih mempunyai rintangan dinamik pada SMA 200, meskipun ia tidak mengubah hakikat bahawa pasangan ini kekal didagangkan dalam kecenderungan aliran penurunan harga secara keseluruhanya. Oleh itu, semasa sesi dagangan hari ini, pasangan GBP/USD berkemungkinan akan jatuh kembali ke tahap sokongan yang terletak pada 1.5632, walau bagaimanapun para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila membuat dagangan jangka pendek pada masa ini. Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5686 / 1.5739
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5632 / 1.5590

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5632, take profit di tahap 1.5590, dan stop loss pada tahap 1.5672.
