
Gambaran
Carta 4H menunjukkan bahawa perak akan memulakan aliran menaik selepas harga melantun daripada tahap sokongan 16.00 dan ia kini kelihatan sedang dmenghampiri tahap rintangan yang terletak pada 16.75 mencuba untuk menembusi tahap tersebut bagi membolehkan harga melanjutkan aliran menaik. Isyarat membeli yang seterusnya akan diterima sekiranya penutupan 4H berjaya menutup di atas tahap rintangan ini dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 17.00, Kemudian kita perlu menunggu sehingga komoditi ini menutup di atas tahap rintangan ini untuk mendapatkan isyarat kenaikkan harga yang seterusnya. Oleh itu, pada masa ini, kami mencadangkan kepada para pedagang agar menunggu sehingga harga menembusi rintangan yang terletak pada tahap 16.75 sebelum mengambil keputusan. Walau bagaimanapun, selagi harga masih diniagakan di bawah tahap halangan, maka ia akan membatalkan senario kami yang pertama.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3(17.00), R2(16.75), R1(16.50), S1(16.00), S2(15.70), S3(15.40)
