logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 11 Disember, 2014

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 11 Disember, 2014

KESAN TERHADAP MATA WANG USD-


Hari ini, tumpuan peserta pasaran telah beralih kepada laporan jualan runcit, teras jualan runcit, dan data pengangguran. Data China yang mengecewakan telah menyokong permintaan bagi mata wang Yen dan menolak dolar AS ke tahap yang lebih rendah berbanding dengan kebanyakan mata wang utama lain. Ketidakstabilan politik di Greece dan kelembapan ekonomi di China turut memberikan tekanan kepada dolar AS dalam sesi dagangan semalam.


GAMBARAN TEKNIKAL

Pasangan mata wang ini meningkat terutamanya pada sesi dagangan yang lalu dan harga telah berjaya menutup di atas 20Dsma. Pasangan ini mempunyai rintangan selari urusniaga harian pada tahap 1.5726 dan 1.5764. Manakala, rintangan mingguan pula terletak di tahap 1.5826. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli urusniaga harian baru di atas tahap 1.5726 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.5760 dan 1.5800. Pasangan ini kelihatan mempunyai sokongan pada tahap 1.5725, 1.5690, dan 1.5650. Tekanan jualan akan muncul hanya di bawah tahap 1.5680. Prospek kenaikkan harga adalah hanya untuk tempoh masa terdekat. Data AS hari ini berpotensi untuk mempengaruhi aliran pasangan. Bacaan positif daripada laporan AS boleh mencetuskan tekanan jualan. Kami mengesyorkan anda untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.5680.


Analisis Teknikal GBP/USD untuk 11 Disember, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan