logo

FX.co ★ Emas: analisis teknikal untuk 12 Disember, 2014

Emas: analisis teknikal untuk 12 Disember, 2014

Harga emas terus berdagang di bawah rintangan penting yang terletak pada tahap $ 1,240. Selagi harga berada di bawah tahap rintangan ini, maka kita perlu menjangkakan penarikan semula harga sekurang-kurangnya ke arah $ 1,200. Isyarat menjual akan diberikan sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap $ 1,215. Aliran emas mendatar dan tahap yang akan memberikan isyarat membeli atau menjual adalah sangat jelas.


Emas: analisis teknikal untuk 12 Disember, 2014

Garisan merah = sokongan melintang pada tahap rendah semalam


Garisan biru = garisan aliran sokongan


Harga emas terus didagangkan dalam aliran mendatar. Harga kini berada di atas sokongan pada $ 1,215 dan selagi harga yang berdagang di atas tahap ini, maka emas akan berpeluang untuk bergerak lebih tinggi lagi. Rintangan pada tahap $ 1,240 adalah kritikal dan penolakan harga yang selanjutnya akan menjadi isyarat penurunan harga yang berpotensi untuk menolak Emas kembali didagangkan di bawah harga $ 1,200.


Emas: analisis teknikal untuk 12 Disember, 2014

Emas kini dilihat sedang membuat corak tinggi yang lebih tinggi dan corak rendah yang lebih tinggi. Harga didapati berada di atas  Ichimoku cloud  dan selagi harga Emas gagal untuk menembusi pada harga $ 1,180, maka aliran menaik mempunyai kelebihan. Jika tahap $ 1,180 ini ditembusi oleh emas, maka kita boleh menjangkakan untuk melihat paras terendah baru di bawah harga $ 1,130. Sehingga itu, aliran menaik masih mempunyai banyak peluang untuk menembusi pada harga $ 1,270.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan