logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Disember, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Disember, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 17 Disember, 2014

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan mengukuh apabila peserta pasaran kini sedang menanti keputusan kadar faedah FOMC AS. Sentimen bagi pasangan mata wang NZD telah dirangsang oleh kenaikan 2.4% dalam Indeks Harga GDT Fonterra sewaktu lelongan GlobalDairyTrade yang terbaru. Kadar harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah disokong oleh sentimen dolar yang melemah, permintaan dolar NZ pada pasangan AUD/NZD dan kepentingan pengkamiran NZD-USD. Kenaikkan harga bagi pasangan NZD/USD  ini telah dihadkan oleh penjualan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko para pelabur dan kemerosotan Aussie yang semakin meningkat.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana bar histogram MACD kini telah bertukar positif, stokastik kini neutral.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7695; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7660. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7775. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7810 dan sasaran kedua pada tahap 0.7835.

Tahap Rintangan:

0.7810
0.7835
0.7870

Tahap Sokongan:
0.7695
0.7660
0.7625

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan