logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 18 Disember, 2014

Analisis Teknikal Emas untuk 18 Disember, 2014


Harga emas kelihatan mempunyai banyak volatiliti pada hari semalam dan walaupun terdapat penembusan harga dibawah tahap sokongan $ 1,185,  aliran menaik telah berjaya menolak emas kembali didagangkan di atas harga $ 1,200 pada hari ini. Harga kekal didagangkan didalam julat dagangan. Aliran pasaran adalah neutral.


Analisis Teknikal Emas untuk 18 Disember, 2014



Garisan merah = rintangan


Garisan biru = sokongan.


Harga emas masih didagangkan dalam aliran neutral. Sokongan telah ditetapkan pada harga $ 1,185. Rintangan pula berada pada harga $ 1,215-20. Sekiranya tahap ini berjaya ditembusi, maka kita berkemungkinan akan mempunyai satu lagi aliran baru jangka pendek bermula ke arah $ 1,140 atau $ 1,240. Harga juga kini sedang didagangkan di dalam Ichimoku Cloud pada carta jangka pendek, oleh yang demikian, ia akan satu lagi petunjuk yang akan mengesahkan aliran pasaran emas adalah neutral.



Analisis Teknikal Emas untuk 18 Disember, 2014

Garisan biru = saluran harga



Berdasarkan pada carta harian seperti di atas, harga emas dilihat telah mencuba sekali lagi untuk menembusi di atas Ichimoku cloud. Selain itu, harga emas kini sedang didagangkan di dalam saluran tajam menaik. Aliran kenaikkan harga melonjak di dalam carta harian selagi harga emas didagangkan di atas tahap $ 1,180. Selagi harga Emas berada di atas $ 1,180, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat harga menembusi sempadan saluran menaik ke arah $ 1,255-60 sekali lagi.



*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan