logo

FX.co ★ Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014

Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014

EUR/USD:Pasaran ini menurun lagi pada minggu lalu, menutup di bawah garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.2200. Sasaran seterusnya untuk pasangan mata wang ini adalah pada garisan sokongan 1.2150, dan harga harus menembusi garisan sokongan untuk aliran menurun, harga kemudiannya boleh mensasarkan garisan sokongan lain pada tahap 1.2100.

Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014

USD/CHF: Pasaran ini meningkat lagi pada minggu lalu, menutup di atas tahap sokongan yang terletak pada tahap 0.9850. Sasaran seterusnya untuk harga adalah tahp rintangan 0.9900, dan harga harus menembusi garisan rintangan untuk aliran menaik, harga kemudianya boleh menyasarkan tahap rintangan yang selanjutnya yang terletak di tahap 0.9950. Bolehkah USD mencapai pariti dengan mata wang CHF? Berkemungkinan besar untuk berlaku.

Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014

GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang  didagangkan dalam aliran menurun pada minggu lalu, walau bagaimanapun pergerakan penurunan harga telah ditolak sekali lagi sebagaimana harga telah melantun ke arah atas dari wilayah pengumpulan pada tahap 1.5500. Buat masa ini, harga bagi pasangan mata wang ini dilihat sedang berlegar di sekitar wilayah pengumpulan pada tahap 1.5550, lantunan menaik yang seterusnya berkemungkinan akan dapat dikawal pada wilayah pengedaran 1.5600. Sementara itu, harga berpotensi untuk jatuh ke tahap yang lebih rendah lagi, menguji wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.5500.

Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY telah ditutup pada tahap 120.31, Jumaat, 26 Disember 2014. Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik pada minggu lalu sebelum ia mengukuh pada hujung minggu. Aliran harga bagi pasangan mata wang ini dilihat masih cenderung terhadap aliran menaik dan tahap bekalan 12.50 tidak lama lagi akan ditembusi bagi membolehkan harga begerak ke tahap lebih tinggi; selepas itu tahap bekalan yang seterusnya pada 130.00 akan diuji.

Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini harus berdagang dalam aliran menaik - sama seperti pasangan mata wang JPY tertentu. Walau bagaimanapun, kelemahan pada mata wang EUR telah mendominasi untuk membenarkan mana-mana aliran menaik yang ketara. Terdapat kemungkinan bahawa tahap permintaan yang terletak pada 146.00 akan diuji, walaupun aliran menaik boleh menyebabkan harga mencapai zon bekalan yang terletak pada tahap 147.50.

Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Disember, 2014
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan