logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Januari, 2015

Huraian Fundamental: 

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik setelah harga mencapai tahap tinggi empat tahun 1.0138 pada pagi tadi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh mata wang dolar yang secara umumnya lebih kukuh (Indeks Dolar Spot ICE telah menembusi tahap tinggi sembilan tahun pada 91.808 pada hari Selasa, terakhir pada tahap 91.73 berbanding 91.36 awal hari Selasa) ; lebih kecil daripada jangkaan penurunan 0.7% dalam laporan tempahan kilang AS bagi bulan November (berbanding ramalan yang mengunjurkan -0.8%), penjualan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah dan penularan kelemahan mata wang euro berbanding mata wang franc Switzerland serta dasar monetari ultra-longgar oleh Bank Negara Swiss. 

Komen Teknikal: 
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi pada tahap terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.0155 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 1.020. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9985. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9930. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 1.0030.

Tahap Rintangan: 
1.0155
1.02
1.0235

Tahap Sokongan: 
0.9985
0.9930 
0.99 

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan