Harga emas kini sedang didagangkan dalam aliran menaik jangka pendek dan ia telah disahkan setelah harga berjaya menembusi di atas tahap rintangan $ 1.200- $ 1.205. Senario segi tiga yang saya telah catatkan di dalam analisis saya semalam adalah hasil yang paling berpotensi sekiranya emas berjaya menembusi di atas harga $ 1.200.

Garisan Merah = Rintangan
Garisan Biru = Sokongan
Garisan aliran sokongan biru jangka kini telah ditembusi. Harga telah bergerak di bawah Ichimoku Cloud. Walau bagaimanapun, ini adalah merupakan apa yang telah berlaku di dalam carta 15 minit. Penembusan harga di bawah $ 1.200 akan mengesahkan isyarat penurunan harga pada carta ini. Sementara itu, penembusan harga di atas $ 1.218 akan menjadi isyarat aliran menaik yang berpotensi untuk mendorong harga emas bergerak menuju ke arah harga $ 1.240.

Berdasarkan pada carta harian, kita dapat melihat harga emas kini sedang didagangkan di atas Ichimoku Cloud menuju ke sempadan segitiga atas. Saya mengharapkan agar emas dapat menembusi rintangan pada tahap $ 1.235- $ 1.240. Pembalikan harga daripada tahap ini akan mengukuhkan lagi senario segitiga saya. Aliran harga bagi komoditi ini adalah positif seperti yang dinyatakan di dalam carta harian, bagaimanapun sifat pembetulan aliran menaik menyatakan bahawa pergerakkan mendatar yang telah bermula sejak pertengahan Oktober ini adalah merupakan pembetulan harga sebelum aliran menurun jangka panjang diteruskan.
