logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 08 Januari, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 Januari, 2015

Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat sedang membentuk corak rendah yang lebih rendah di bawah tahap rintangan 1.5148, walau bagaimanapun adalah diperhatikan bahawa pasangan mata wang ini telah membentuk fraktal berhampiran sokongan yang terletak pada tahap 1.5017, yang mana ini akan menjadi petunjuk bahawa pasangan GBP/USD kini sedang membuat penarikan semula aliran menaik di atas tahap rintangan 1.5148 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang.

Tahap Rintangan Carta 4H: 1.5148 / 1.5341

Tahap Sokongan Carta 4H: 1.5017 / 1.4900

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 Januari, 2015


Semasa sesi perdagangan semalam, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah berjaya menembusi tahap 1.5110. Sehingga kini, pasangan ini kelihatan sedang bersedia untuk cuba membentuk corak aliran menurun bagi membolehkan pasangan mata wang ini mengukuh dibawah tahap sokongan 1.5074 dan jatuh ke tahap 1.5018. Walau bagaimanapun, GBP/USD berpotensi untuk membentuk corak 'double bottom' pada tahap sokongan. Oleh itu, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati.


Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5110 / 1.5146

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5074 / 1.5018

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 Januari, 2015

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5074, take profit di tahap 1.5018, dan stop loss pada tahap 1.5131.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan