Indeks Dolar, seperti yang telah diramalkan, dari minggu lalu telah membuat penarikan semula harga ke arah tahap 91.80 dan menembusi tahap sokongan yang terletak pada 91.50. Aliran menaik telah dimulakan semula, dan hanya penembusan harga di atas tahap rintangan 92.20 yang akan dapat mengesahkan bahawa indeks dolar kini sedang menuju ke arah tahap tinggi yang lebih tinggi baru.

Garisan Biru = Garisan aliran sokongan
Indeks Dollar telah ditarik kembali, sepertimana yang kita ramalkan, dan ia telah dinyatakan sebagai garisan merah di dalam carta 4H dan harga dilihat telah melantun ke tahap yang lebih tinggi daripada garisan aliran sokongan. Aliran perdagangan jangka pendek kekal menaik, dan sekiranya Indek Dolar ini berjaya menembusi di atas tahap 92.20, maka ia mengesahkan bahawa harga kini sedang menuju ke arah tahap tinggi baru. Tahap sokongan didapati terletak sekurang-kurangnya pada tahap rendah 91.70. Penembusan harga di bawah tahap ini akan menandakan bahawa kita perlu menjangkakan pembetulan harga yang lebih dalam mungkin akan berlaku ke arah tahap 91.20-91.30, dimana sokongan Ichimoku cloud didapati berada.

Garisan Merah = Tahap Sokongan
Garisan Biru = Tahap Rintangan
Hari ini, Indeks Dolar dilihat sedang melantun ke arah rintangan jangka pendek yang terletak pada tahap 92.20. Penutupan carta 4 jam di atas tahap 92.20 akan mengesahkan permulaan aliran menaik dengan tahap 93 sebagai sasaran pertama. Manakala penutupan harga di bawah tahap 91.70 pada carta 4 jam akan menjadi isyarat menjual yang berpotensi untuk menolak indeks bergerak ke arah tahap lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 91.40-91.50. Aliran perdagangan jangka panjang kekal menaik, dan mana-mana rintangan masih dilihat sebagai peluang membeli. Saya yakin bahawa indeks Dolar akan melonjak naik mencecah pada tahap yang lebih tinggi 94-95 selagi harga mengukuh d atas 90.
