
Rumusan Teknikal:
Pembetulan harga pada gelombang iv biru kelihatan telah memasuki kawasan rintangan yang terletak di antara tahap 1.5330-1.5350 sebelum harga beralih ke tahap yang lebih rendah lagi. Kami kini sedang mencari penembusan harga di bawah tahap sokongan 1.5175 bagi mengesahkan bahawa gelombang iv biru telah berakhir pada tahap 1.5331 dan gelombang v biru yang lebih rendah ke arah tahap 1.4970 kini sedang membangun. Bagi perdagangan jangka masa pendek, adalah diramalkan bahawa kita akan melihat rintangan kecil yang berada pada tahap 1.5228 melindungi aliran menaik bagi membolehkan pasangan mata wang ini menembusi di bawah tahap sokongan 1.5175 sekaligus mengesahkan aliran penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 1.4970. Hanya penembusan harga yang yang tidak dijangkakan di atas rintangan pada tahap 1.5287 akan melambatkan aliran menurun yang dijangkakan pada gelombang v biru.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah menjual EUR pada tahap 137.30 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss lebih rendah pada tahap 1.5340. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk menjual sebaik sahaja harga menembusi dibawah tahap 1.5175 dengan Stop Loss ditetapkan pada tahap 1.5290.
