logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 16 Januari, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 16 Januari, 2015

Berdasarkan pada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD telah jatuh kembali ke tahap sokongan yang terletak pada 1.5148, iaitu kedudukan di mana pasangan mata wang ini mempunyai sokongan kuat beberapa jam sebelum sesi perdagangan harian ditutup. Walau bagaimanapun, kecenderungan penurunan harga masih sah bagi pasangan mata wang GBP/USD, sebagaimana pasangan mata wang ini kelihatan masih didagangkan di bawah purata pergerakkan 200-hari dan juga, indikator MACD telah bergerak ke arah zon negatif.

Tahap Rintangan Carta 4H: 1.5341 / 1.5485

Tahap Sokongan Carta 4H: 1.5148 / 1.5034

Analisis Harian GBP/USD untuk 16 Januari, 2015



Pasangan mata wang GBP/USD ini telah mengukuh sekali lagi di bawah SMA 200 pada carta 1H. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini diramalkan akan cuba untuk membuat penembusan harga pada sokongan yang terletak di tahap 1.5146 dengan membentuk corak harga rendah yang lebih rendah. Sekiranya berjaya, sasaran yang seterusnya akan terletak  pada tahap 1.5110, tetapi kini, pasangan ini sedang kehilangan momentum urusniga harian menurun.


Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5198 / 1.5249

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5146 / 1.5110

Analisis Harian GBP/USD untuk 16 Januari, 2015

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5146, take profit di tahap 1.5110, dan stop loss pada tahap 1.5182.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan