logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 16 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 16 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 16 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan dalam pasaran yang tidak menentu di tengah-tengah kecairan nipis selepas harga menjunam ke tahap rendah 0.7360 pada hari Khamis - rekod rendah dalam tempoh tiga tahun setengah - selepas Bank Negara dengan tidak disangka-sangka telah membatalkan kadar pertukaran minimum CHF1.20 untuk satu euro, menurunkan kadar faedah ke atas baki akaun deposit sebanyak 0.5 mata peratusan kepada 0.75%, dan mengalihkan julat sasaran untuk Libor tiga bulan lebih jauh ke dalam wilayah negatif, di antara -1.25% dan 0.25% daripada harga semasa, iaitu di antara 0.75% dan 0.25%. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga  terjejas ekoran daripada permintaan mata wang franc bagi perdagangan pasangan berbanding mata wang utama. Walau bagaimanapun, kelemahan pasangan mata wang USD/CHF ini telah didorong oleh permintaan USD, intervensi SNB yang berkemungkinan sebagaimana bank pusat Switzerland dalam kenyataannya berkata ia akan terus mengambil kira kadar pertukaran dalam menggubal dasar monetari pada masa akan datang dan, jika perlu, ia kekal aktif dalam pasaran pertukaran asing bagi mempengaruhi keadaan monetari.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan indikator stokastik perlahan adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian menurun.

Cadangan Perdagangan

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8405. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9150. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap  0.9550 dan sasaran kedua pada tahap 0.9780.

Tahap Rintangan:
0.9550
0.9780
0.9810

Tahap Sokongan:
0.8405
0.8005
0.7975

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan