
Huraian:
-
Pasangan mata wang NZD/USD ini kelihatan masih melanjutkan aliran menaik daripada tahap harga 0.7710. Satu lagi sokongan telah ditetapkan pada tahap 0.7669 yang mewakili 'double bottom' pada carta 1H. Sementara itu, rintangan pula akan ditetapkan pada tahap 0.7766 dan 0.7790. Perlu diingatkan bahawa tahap Penarikan Semula Fibonacci 38.2% dan 50% dan tahap 0.7766 dan 0.7790 adalah menepati harga yang sama, masing-masing. Oleh itu, pasangan mata wang NZD/USD kini menunjukkan tanda-tanda kekuatan berikutan penembusan harga pada tahap tertinggi 0.7713. Oleh itu, ia akan menjadi satu petanda yang baik untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap Penarikan semula Fibonacci 11% pada carta harian dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7766 dan seterusnya pada tahap 0.7790 (ia akan bertindak sebagai rintangan yang kuat). Oleh itu, ia akan menjadi tempat yang baik untuk mengambil keuntungan. Selain itu, ia perlu juga menyatakan bahawa tahap untuk mengambil keuntungan ini akan bertepatan dengan 'double top'. Walau bagaimanapun, sekiranya pembalikan harga berlaku dan pasangan mata wang NZD/USD ini berjaya menembusi sokongan yang terletak di tahap 0.7710, maka ia akan mendorong kepada kejatuhan pasaran yang seterusnya hingga ke tahap 0.7657, untuk menyatakan pasaran penurunan harga di dalam dagangan jangka panjang.
